Saturday, 1 December 2012

Dadah ( Part 1 )


Sebaimana yang korang sume sedia maklum, dadah ni merupakan musuh negara kt..
Dadah bleh membawa kebaikkan dan keburukkan..
Dlm kursus yg den amik, adalah subjek dadah dan masyarakat.. 
So, den dgn berbesar hati nk share le info pasal dadah dgn korang sume...
*jutaan terima kasih kpd pengajar Puan Ja'arah n Puan Fairuliza ^__^



Dadah adalah istilah khusus bg merujuk kepada 'penyalahguanaan dadah' ataupun 'salahguna dadah'.
Dadah mengikut bahasa inggeris ialah 'drug' yg membawa maksud ubat-ubatan.
Penyalahgunaan dadah terjadi apabila:

  • dadah yang diambil bukan untuk pesakit yang betul
  • dadah diambil dalam dos yang salah
  • dadah diambil melalui saluran yang salah
  • dadah diambil pada masa yang salah

Pergantungan (dependence) terhadap dadah berlaku apabila dadah merupakan fokus utama kepada fikiran, emosi dan kegiatan seseorang penagih hingga sukar menghentikan tabiat tersebut. Sekiranya tabiat ini tidak dihentikan, seseorang penagih akan meningkatkan dos secara perlahan-lahan dan meningkatkan risiko kepada diri mereka sendiri.



Dayatahan (tolerance) merupakan kesan pergantungan kepada dadah. Hal ini berlaku apabila penagih terpaksa meningkatkan dos dadah mereka kerana pengambilan dadah pada dos rendah tidak dapat menghilangkan rasa ketagih terhadap dadah.


Jenis-jenis dadah di dunia:

  1. Opiat: Heroin, Morfin, Candu dan Codeine
  2. Kanabis: Ganja dan Hahish
  3. Depresen: Sedatif hipnotik jenis barbiturate, non-barbiturate serta tranquilizer
  4. Stimulants: Amphetamins dan Kokain
  5. Halusinogen: Iysergis Acid Diethylamide (LSD), Meskalin, Psilosibin
  6. Designer drugs: Analog Fentany, Analog Pethidine, Analog Methaphetamin.
Dadah Di Malaysia:

Syabu

Ganja


Ecstacy

Heroin, Codeine, dan Jenis Amphetamine Type Stimulants

*cukup sampai disini dulu. nanti den sambung ngan part 2.. terima kasih kerana sudi membaca ^__^

No comments:

Post a Comment