Saturday, 1 December 2012

Dadah ( Part 2 )

Bertemu kembali.. 
Hari ni den akan sambung post yg smlm.. 
Dadah boleh memberi kesan buruk kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.
Kali ni den nk bg contoh kesan buruk dadah kpd individu ^__^

Kesan Buruk Pengambilan Dadah


Khayal, mabuk, hilang pertimbangan diri


Merosakkan sistem saraf pusat


HIV/AIDS


Hepatitis


Keguguran bayi, kecacatan pada bayi, kematian bayi semasa lahir




Dadah ( Part 1 )


Sebaimana yang korang sume sedia maklum, dadah ni merupakan musuh negara kt..
Dadah bleh membawa kebaikkan dan keburukkan..
Dlm kursus yg den amik, adalah subjek dadah dan masyarakat.. 
So, den dgn berbesar hati nk share le info pasal dadah dgn korang sume...
*jutaan terima kasih kpd pengajar Puan Ja'arah n Puan Fairuliza ^__^



Dadah adalah istilah khusus bg merujuk kepada 'penyalahguanaan dadah' ataupun 'salahguna dadah'.
Dadah mengikut bahasa inggeris ialah 'drug' yg membawa maksud ubat-ubatan.
Penyalahgunaan dadah terjadi apabila:

  • dadah yang diambil bukan untuk pesakit yang betul
  • dadah diambil dalam dos yang salah
  • dadah diambil melalui saluran yang salah
  • dadah diambil pada masa yang salah

Pergantungan (dependence) terhadap dadah berlaku apabila dadah merupakan fokus utama kepada fikiran, emosi dan kegiatan seseorang penagih hingga sukar menghentikan tabiat tersebut. Sekiranya tabiat ini tidak dihentikan, seseorang penagih akan meningkatkan dos secara perlahan-lahan dan meningkatkan risiko kepada diri mereka sendiri.



Dayatahan (tolerance) merupakan kesan pergantungan kepada dadah. Hal ini berlaku apabila penagih terpaksa meningkatkan dos dadah mereka kerana pengambilan dadah pada dos rendah tidak dapat menghilangkan rasa ketagih terhadap dadah.


Jenis-jenis dadah di dunia:

  1. Opiat: Heroin, Morfin, Candu dan Codeine
  2. Kanabis: Ganja dan Hahish
  3. Depresen: Sedatif hipnotik jenis barbiturate, non-barbiturate serta tranquilizer
  4. Stimulants: Amphetamins dan Kokain
  5. Halusinogen: Iysergis Acid Diethylamide (LSD), Meskalin, Psilosibin
  6. Designer drugs: Analog Fentany, Analog Pethidine, Analog Methaphetamin.
Dadah Di Malaysia:

Syabu

Ganja


Ecstacy

Heroin, Codeine, dan Jenis Amphetamine Type Stimulants

*cukup sampai disini dulu. nanti den sambung ngan part 2.. terima kasih kerana sudi membaca ^__^

Friday, 30 November 2012

Assalamualaikum


Salam sejahtera kepada sume ye...
Terlebih dahulu nk perkenalkan diri..
Anda sume bleh panggil den Encik Pupu ye..
Walaupun dalam dunia sebenar xd pun org panggil den Pupu..
Den ni baru lg dlm dunia blog ni...
So, mintak korang bg tunjuk ajar la ye kalu ada kelemahan..
Teguran yang berhemah dialu-alukan..
Teguran kasar kalu bleh dielakkan..
Dulu den ada gak wat blog..
Tapi oleh kerana sibuk sngt study (konon), terpaksa la den brenti berblog ni..
Alhamdulillah skrang dh hbs belajar..
Tunggu gomen panggil kije..
Sementara tunggu gomen, bleh le den berblog ckit..
Mudah-mudahan kt dpt la share ilmmu kt melalui blog ni...


Tujuan utama den buat blog ni adalah untuk berkongsi ilmu dgn korang..
Kt bleh la bertukar-tukar ilmu yg ada.. Mudah-mudahan dpt tambah ilmu didada...
Den percaya yg pembelajaran adalah satu proses yg berjalan sepanjang hayat..
Semakin meningkat umur kt, semakin bnyk ilmu...
Hal ni mungkin berkaitan ngan pengalaman yg kt ada..
Semoga kt same2 maju dunia dan akhirat ^__^